Thursday, 7 April 2011

satu petikan masalah penanam cili fertigasi

Maka Sempurnalah Satu Musim Penanaman Cili

lada tanpa rumahnya still on fertigasi

serangan belalang

serangan makhluk

keseluruhan ladang

ladang

Kutipan cili bermula di pengakhiran bulan , ketika itu merupakan detik - detik yang paling bermakna buat kami semua. Hasil pertama kami agak memberansangkan dengan keadaan pokok yang hampir separuh daripada tanaman kami jatuh sakit. Berat timbangan lebih kurang 15kg, harga cili sekg pada masa itu tidak begitu tinggi hanya dalam linkungan RM 4 - 5 sekg. Kami berharap lonjakkan harga cili akan berlaku pada iaitu saat Aidilfitri.

Keadaan Cili pada peringkat pertama menjangkau minimum 8 inci. Cili kami sedikit unik daripada cili cili yang lain kerana wujudnya rasa manis (tidak seperti gula) pada buah cili, Fenomena ini agak sukar untuk kami jelaskan. Pembeli memberi komen cili kami memang sedap dibuat ulam tak kurang juga yang mengatakan cili kami tahan lama.

Kutipan cili dilakukan sebanyak 2 atau 3 hari sekali, pemborong akan datang ke kebun kami mengutip hasil. Hasil kutipan berlegar antara 10kg ke 15kg. Jika tertangguh kutipan, maka hasil akan melonjak ke 30kg.Pada masa yang sama Musim hujan masih berlansung, bagi mereka yang bertani hujan dan kerja meracun sangatlah merunsingkan selesai meracun hujan datang membasuh. Jadual meracun begitu mudah terganggu.

Sakit pokok kami makin buruk begitu jugak dengan hasil. Di peringkat buah ke-2 dan ke-3 tahap kualiti buah sangat ketara. Struktur buah mula membengkok tidak lagi lurus. Banyak putik putik bunga jatuh bergelimpangan diatas silvershine. pedih terasa hati melihat keadaan pokok sedemikian.

Jatuh Ditimpa tangga musim perayaan aidil fitri makin hampir harapan harga cili melonjak musnah apabila berlaku lambakkan cili dipasaran, harga jatuh merudum ke rm1 sekg. Kami terkedu sebentar. Selepas perayaan pokok cili kami tidak lagi dapat bertahan, sakitnya makin tenat kami tiada pilihan lain pokok terpaksa dilupuskan.

Mengumpul semangat yang pudar, kami mengambil masa beberapa ketika untuk mengatur langkah mencari kekuatan bagi melonjak kehadapan.
"Jadilah seperti Bola semakin kuat ia jatuh semakin tinggi ia melonjak"

Perancangan dimasa hadapan, kami masih ingin mengekalkan tanaman sayur sayuran, rancangnya jika tiada penghalang mungkin tanaman yang tidak begitu manja. Yang sebenarnya pilihan tersebut dipilih kerana masing masing sebuk dengan tanggungjawab yang lain, agak sukar untuk kami memberi tumpuan 100%. Namun kami akan terus berusaha mencari pengalaman.
Read more »

Wednesday, 6 April 2011

ladang berskala besar

projek skala mega

buah rockmelom

hidup subur

teknik moden
Read more »

peralatan peralatan fertigasi

dibawah ini disertakan pelbagai peralatan yang digunakan sepanjang penanaman fertigasi. alatan ini boleh didapati dikedai hardware atau pun kedai peralatan fertigasi. kaedah tanaman fertigasi yang moden mampu memberikan hasil yang lumayan kepada petani petani. web ini bercadang berkongsi apa jua pengalaman yang telah dikutip sepanjang penanam rockmelon cili dan juga pelbagai lagi tanaman yang akan ditanam.

arrow dripper

clip besi untuk meregangkan roof plastik

ballwave or tekanan air baja

filter

gromet

set mini turbin

stop cord  atau perbenhentian air baja siraman

timer untuk siraman berjadual pokok

paip panjang
peralatan peralatan ini boleh dibeli dimana mana hardware dan juga kedai fertigasi,
Read more »

permulaan penanaman rock melon 5










Read more »

permulaan penanaman rock melon 4










Read more »

permulaan penanaman rock melon 3








Read more »

permulaan penanaman rock melon 2









Read more »